fbpx

4 rumah rosak, tanah runtuh di Sungai Penchala

20 DIS: Seorang wanita warga emas cedera dan empat rumah rosak dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Palimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Bomba yang menerima laporan kejadian pada jam 1.22 pagi, menggerakkan 15 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tun Dr Ismail dan BBP Sri Hartamas ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

Bomba menyelamatkan seorang warga emas yang tertimbus di dalam rumahnya.

Operasi turut disertai lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), 11 anggota polis serta tiga petugas Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Komander Operasi Kanan, Penguasa Kanan Bomba 1 Khairul Azuwan Ibrahim, berkata sebaik pasukan bomba tiba di tempat kejadian mendapati empat kediaman di situ rosak akibat dihempap tanah runtuhan.

“Kita turut menemui seorang wanita warga emas berusia lingkungan 70-an dalam keadaan tubuhnya tertimbus sehingga ke paras pinggang.

“Mangsa berjaya diselamatkan dan mengalami kecederaan di bahagian kaki seterusnya dihantar ke PPUM menggunakan kenderaan EMRS bomba untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Salah sebuah rumah yang musnah dalam kejadian tanah runtuh di Sungai Pencala, Kuala Lumpur malam tadi.

Menurut Khairul Azuwan, pasukan bomba kemudian memeriksa kawasan sekitar lokasi kejadian dalam memastikan tiada lagi sebarang keberbahayaan dan tempat berkenaan turut ditutup atas faktor keselamatan.

Dalam pada itu, Facebook Sixty.K menyatakan sebanyak 21 keluarga terjejas akibat tanah runtuh di Kg. Palimbayan, Sg. Penchala.

Seorang lelaki menunjukkan keadaan salah sebuah rumah yang rosak teruk.

“Pihak Sixty.K bersama pihak Alumni SKSP (Sekolah Kebangasaan Sungai Penchala) memohon bantuan bagi membantu warga-warga Sungai Penchala yang terjejas.

“Sebanyak 21 isi rumah terjejas akibat tanah runtuh di Kampung Palimbayan, Sungai Penchala. Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan amat dihargai supaya pihak kami dapat menyalurkan bantuan secepat mungkin,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles