fbpx

74% rumah tidak miliki insurans banjir

27 DIS: Kira-kira 74 peratus pemilik rumah di negara ini tidak mempunyai perlindungan terhadap kerosakan akibat banjir, menurut kaji selidik Impak Pandemik Terhadap Perlindungan Zurich Malaysia, baru-baru ini.

Kaji selidik yang dijalankan pada September 2021 membabitkan 1,201 responden itu mendapati, 59 peratus pemilik rumah juga tidak dilindungi untuk kerosakan akibat kebakaran.

Zurich Malaysia berkata, memandangkan Malaysia mengalami kitaran musim tengkujuh tahunan, amat mengejutkan untuk mengetahui bahawa dua pertiga (74 peratus) pemilik rumah tidak mempunyai perlindungan terhadap kerosakan akibat banjir.

Ia berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menganggarkan 4.8 juta orang tinggal di kawasan berisiko banjir di seluruh negara.

Katanya, semasa monsun timur laut 2020 hingga 2021, banjir menyebabkan 42,947 orang kehilangan tempat tinggal dan menjejaskan 11,973 keluarga.

“Malaysia sebagai negara yang menempatkan hampir 5.8 juta hartanah kediaman, hasil kaji selidik ini semakin membimbangkan setelah mendapati secara keseluruhannya hanya satu daripada dua rumah dilindungi oleh insurans atau takaful rumah untuk potensi kerosakan.

“Tambahan pula, 43 peratus pemilik rumah tidak menyedari bahawa kandungan rumah tidak semestinya dilindungi bawah insurans atau takaful rumah. Kandungan rumah termasuk perabot seperti meja dan kerusi, peralatan, komputer dan peranti mudah alih,” katanya dalam satu kenyataan.

Kaji selidik itu menunjukkan satu daripada tiga pemilik rumah (33 peratus) yang diinsuranskan tidak mempunyai perlindungan kandungan rumah.

Bagi mereka yang mempunyai perlindungan, 13 peratus membeli pelan berasingan khusus untuk melindungi kandungan rumah mereka.

Angka itu mungkin lebih tinggi kerana 25 peratus pemilik rumah yang diinsuranskan tidak pasti mengenai perlindungan insurans atau takaful rumah yang sedia ada.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles