fbpx

RM6 juta urus sampah pascabanjir

31 DIS: Kerajaan Selangor membelanjakan lebih RM6 juta daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk menguruskan sampah pascabanjir setakat ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, angka kutipan sampah tersebut telah mencecah 20,000 tan dan ia dijangka terus meningkat.

Justeru, katanya, peruntukan berkenaan mungkin bertambah yang mana kerajaan negeri meletakkan anggaran kos antara RM10 juta hingga RM20 juta.

“Kerja-kerja pembersihan di kawasan Hulu Langat, terutamanya di Taman Seri Nanding telah mencapai proses kutipan sampah pascabanjir sebanyak lebih daripada 70 peratus.

“Pembersihan di Hulu Langat sedang berjalan di Kampung Batu 10 hingga 14, manakala di Batu 16, 17 dan 18 baru bermula kerana penduduk di sana tidak sepadat seperti Taman Seri Nanding, jadi kita selesaikan kawasan padat dulu.

“Kerja-kerja pembersihan di Taman Seri Muda pula mencapai 30 peratus kerana ia baru beroperasi pada 24 Disember lalu, hari ini kita dah tambah 200 buah lori yang kita dah aturkan, jadi saya harap kita boleh selesaikan dalam masa seminggu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Serahan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit Siri Kedua di Ruang Legar Bangunan Annex, Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Shah Alam, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Amirudin turut memaklumkan bahawa kerajaan Selangor menerima sumbangan sebanyak RM1.8 juta dari syarikat-syarikat besar kepada Tabung Bencana Negeri Selangor.

Ujarnya, wang tersebut akan digunakan untuk kerja-kerja kebajikan dan pemulihan pascabanjir yang sedang giat dijalankan.

Amirudin turut memaklumkan bahawa lebih 2,000 keluarga yang terjejas banjir di Selangor sudah menerima bantuan RM1,000 yang ditawarkan kerajaan negeri menerusi inisiatif Selangor Bangkit.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles