fbpx

Labur RM1 bilion bina kilang kereta elektrik di Melaka

5 JAN: Syarikat Bumiputera, Fieldman EV Sdn Bhd (FEV) bakal melabur kira-kira RM1bilion bagi pembinaan sebuah kilang pemasangan kereta elektrik di kawasan Perindustrian Elkay, Lipat Kajang, Jasin.

Kilang tersebut akan dibangunkan di kawasan seluas 200 hektar mampu menyediakan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, syarikat itu telah berjaya mendapat hak ekslusif pengedaran kereta elektrik di negara itu dan pasaran Asia Tenggara bagi pemanduan sebelah kanan ‘Right Hand Drive’ dari syarikat otomotif negara China, iaitu Changan Automobile Corporation.

“Syarikat FEV berhasrat untuk melancarkan kereta elektrik serta berminat untuk membina kilang pemasangan di Melaka bersama syarikat-syarikat tempatan dengan bantuan teknologi syarikat Changan.

“Kerajaan Negeri Melaka amat mengalu-alukan kerjasama dengan syarikat ini yang bakal memberikan manfaat jangka panjang dengan memantapkan lagi perkembangan industri automatif di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan penyerahan kereta elektrik dan beca elektrik daripada syarikat Fieldman EV Sdn Bhd kepada kerajaan negeri oleh Pengarah Eksekutifnya Razmi Shah Othman di Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles