fbpx

73% rakyat Malaysia berpendapat cukai vape terlalu tinggi

7 Jan : Satu tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA), iaitu sebuah kumpulan advokasi tidak berasaskan keuntungan yang menyokong usahawan dan perniagaan vape tempatan, mendedahkan bahawa 73% rakyat Malaysia berpendapat kenaikan kadar cukai eksais yang diumumkan bagi cecair vape pada RM1.20 setiap mililiter adalah terlalu tinggi.

Pendedahan ini adalah hasil daripada tinjauan pendapat #Tax and Regulate MY Vape : Your Say yang dijalankan oleh Green Zebras, sebuah syarikat penyelidikan pasaran terkemuka di Malaysia.

Tinjauan pendapat ini juga mendedahkan bahawa rakyat Malaysia percaya kadar cukai yang tinggi ini boleh membawa kepada pertumbuhan pasaran gelap (85%).

Hampir semua (91%) berpendapat bahawa kerajaan harus menetapkan tahap cukai ke atas produk vape yang mampu menghalang pengguna daripada beralih kepada produk pasaran gelap, dan 75% mengatakan bahawa cukai mesti kekal rendah untuk memastikan harga yang berdaya saing.

Rizani Zakaria, Presiden Malaysian Vape Industry Advocacy berkata, “Hasil tinjauan ini mengukuhkan pandangan pemain industri bahawa kadar cukai untuk cecair vape terlalu tinggi. Ini akan menyebabkan harga cecair vape melambung tinggi. Kerajaan perlu mengambil kira kesan negatif apabila menggubal dasar cukai kerana ia akan memberi kesan kepada industri vape tempatan.”

“Memandangkan Kastam baru-baru ini mengumumkan penangguhan dalam melaksanakan kadar eksais yang diumumkan Oktober lepas, maka keputusan daripada tinjauan pendapat ini adalah tepat pada masanya. Kami berharap ia memberi gambaran kepada Kerajaan bahawa pendekatan yang wajar perlu diambil terutamanya berkaitan rangka kerja percukaian untuk industri dan kami menggesa Kerajaan mengekalkan kadar pada RM0.40 setiap mililiter.”

Rizani Zakaria, Presiden Malaysian Vape Industry Advocacy

Tinjauan pendapat itu juga mendedahkan bahawa rakyat Malaysia berpandangan positif dengan kemajuan yang dicapai oleh industri vape, kerana rangka kerja percukaian seimbang boleh menjana pendapatan tambahan kepada kerajaan dan meningkatkan standard kualiti dan keselamatan produk vape. Mereka juga mengatakan bahawa pelaksanaan rangka kerja percukaian akan membolehkan pengguna mengakses produk yang sah dan terkawal.

“Jelas sekali, kita sudah berada di landasan yang betul. Percukaian dan peraturan untuk industri adalah satu langkah ke arah yang sepatutnya bagi memastikan pengguna membeli produk yang dikawal selia dengan piawaian produk yang selamat. Pada masa yang sama, ia juga perlu diseimbangkan bagi memastikan produk tidak dikenakan cukai dan dikawal selia dengan cara yang sama seperti rokok kerana vape terbukti kurang memudaratkan serta mampu membantu perokok berhenti merokok,

“Kami dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan sedang bersiap-sedia untuk membentangkan undang-undang baharu di Parlimen tidak lama lagi untuk mengawal selia produk vape. Setakat ini belum ada sesi perbincangan antara kami dan Kerajaan mengenai peraturan dan kami menggesa Kerajaan untuk melibatkan kami dalam perbincangan sebelum membuat sebarang keputusan,” ujar Rizani.

Dengan objektif untuk memahami persepsi rakyat Malaysia terhadap vape, #Tax and Regulate MY Vape : Your Say menyelami pendapat penduduk tempatan tentang peraturan dan kadar cukai yang diumumkan baru-baru ini ke atas cecair vape. Penemuan tambahan daripada tinjauan itu akan dikeluarkan dalam beberapa minggu akan datang.

Tinjauan ini terdiri daripada saiz sampel 1,000 orang dewasa Malaysia dan mencerminkan persepsi semua orang dewasa Malaysia di seluruh negara.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles