fbpx

MPay dianugerah sedia platform tanpa tunai Majlis Bandaraya Pulau Pinang

MANAGEPAY Systems Berhad (MPay) melalui anak syarikat miliknya, ManagePay Services Sdn. Bhd. (MPSB) dianugerahkan projek  penyediaan sistem pembayaran digital Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) baru-baru ini.

Bangunan Dewan Bandaraya Pulau Pinang. – Gambar hiasan

Ahli Lembaga Pengarah MPay dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia menjelaskan,   MPSB yang menganugerahkan projek Smart MBPP tersebut pada 13 Januari lalu itu membuka laluan kepada penyediaan platform perkhidmatan pembayaran bil tanpa tunai.

“Sistem MPay menyediakan gerbang bayaran  menerusi JomPay, perbankan internet, e-dompet, Visa dan MasterCard dalam tempoh 6 bulan tarikh surat tawaran dikeluarkan.

“Selain itu, Smart MBPP turut berfungsi sebagai ‘Pusat Sehenti Pintar’ untuk menyokong semua kemudahan disediakan majlis itu ke dalam aplikasi telefon malah laman web yang responsif,” kata MPay dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

MBPP merupakan salah satu daripada 19 buah majlis atau dewan bandar raya dengan keseluruhan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berjumlah 151 PBT di seluruh negara.

Azizan Osman

Sebagai rekod, Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman menjadi pemegang saham utama MPay yang merupakan penyedia pembayaran elektronik ‘hujung-ke-hujung’ bagi bank, institusi kewangan, peruncit dan pemegang kad yang beroperasi di negara mulai pertengahan tahun 2020.

Tambah kenyataan, platform tersebut memudahkan penduduk dan peniaga-peniaga di Pulau Pinang membuat tempahan kemudahan, permohonan lesen perniagaan, projek pembangunan, pembayaran penilaian, kompaun dan sebagainya.

“Kontrak pengurusan Smart MBPP untuk empoh 5 tahun itu boleh diperbaharui untuk dua tahun. Pihak MPay telah menerima dan bersetuju dengan surat tawaran itu pada 17 Januari lalu,” kata kenyataan.

faizal
Faizal Zakaria pernah berkhidmat dengan akhbar Kosmo! selama 14 tahun sebelum membawa haluan sendiri melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2018. Jawatan terakhir beliau ketika itu ialah Editor Prosesan. Sepanjang berkhidmat dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu, Faizal pernah ditugaskan di Meja Laporan Khas, Meja Ekonomi, Meja Luar Negara, Meja Rencana Ahad dan terakhir, Editor Prosesan. Selain pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan, Hadiah Kajai pada 2004, Faizal dari semasa ke semasa menyampaikan syarahan di beberapa universiti tempatan dan luar negara, serta menjadi jurulatih korporat dalam bidang penulisan media.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles