fbpx

4 produk kecantikan dikesan beracun

4 JULAI: Kementerian Kesihatan mengesan empat produk kecantikan di pasaran yang mengandungi racun berjadual iaitu hydroquinone dan tretinoin.

Empat produk itu adalah tiga mempunyai merkuri iaitu Biela Beauty Glowing Night Cream, BL Skincare Day Cream 2 dan BL Skincare Night Cream manakala satu lagi mempunyai Hydroquinone dan Tretinoin, BL Skincare Day Cream 1.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berkenaan kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

Katanya, semua notifikasi produk terlibat dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual.

“Pihak NPRA mendapati produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. 

“Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, bagi racun hydroquinone, ia boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Katanya, penggunaan tretinoin pula tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Jelasnya, merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan selain boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, sistem saraf, ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles