KUALA LUMPUR – Bertemakan ‘Rise and Revive, program anjuran Indah Water Konsortium (IWK) yang berlangsung di IWK EcoPark@Pantai Dalam di sini, bukan sahaja meriah, malah mendapat sambutan ramai.

Lebih 350 peserta hadir yang turut melibatkan jualan ‘booth’ dan ‘food truck’ pelbagai produk.
Program tersebut antara lain menampilkan senaman bagi penjagaan kesihatan dan ia turut disertai 30 orang pekak dari Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

Turut hadir ialah Ketua Jabatan Komunikasi Korporat IWK, Wan Esuriyanti Wan Ahmad manakala MFD diwakili Timbalan Presidennya, Aqlam Jafri.
Para peserta program juga merangkumi penyertaan peserta dari pertubuhan perlindungan wanita.

Peserta program lebih teraju apabila senaman dikendalikan oleh artis Atilia dan Mimifly.
Pada program berkenaan, Wan Esuriyanti telah menyampaikan sumbangan cek dari IWK kepada MFD.
