fbpx

Kajian menunjukkan berjalan 8,000 langkah sehari kurangkan risiko kematian

Ini Dia Manfaat Berjalan Kaki yang Perlu Kita Ketahui! Halaman all -  Kompas.com

TOKYO: Dengan berjalan 8,000 langkah setiap hari hanya pada hujung minggu boleh mengurangkan risiko kematian, menurut dapatan kajian kumpulan penyelidik di Jepun.

Individu yang berjalan kaki sekurang-kurangnya 8,000 langkah sehari setiap satu atau dua hari seminggu menyaksikan penurunan risiko kematian selepas 10 tahun, hampir sama dengan individu yang berjalan dalam kadar sama selama tiga hingga tujuh hari seminggu, kata penyelidik berkenaan, termasuk Sekolah Siswazah Perubatan Universiti Kyoto.

Kajian berkenaan diterbitkan dalam jurnal perubatan JAMA Network Open oleh Persatuan Perubatan Amerika, bulan lalu.

Kajian sebelum ini menunjukkan, berjalan sebanyak 8,000 langkah atau lebih setiap hari boleh mengurangkan risiko kematian, namun tidak jelas bagaimana risiko itu kemungkinan berbeza, bergantung kepada jumlah hari yang dihabiskan untuk berjalan kaki sebanyak itu.

Kumpulan itu menggunakan data daripada tinjauan kesihatan kebangsaan Amerika Syarikat (AS) antara 2005 dan 2006, yang mengkaji hubungan antara jumlah langkah berjalan kaki harian oleh 3,101 orang berusia 20 tahun ke atas dengan purata usia 50.5 tahun dan risiko kematian 10 tahun kemudian.

Dalam kalangan mereka yang berjalan kaki sekurang-kurangnya 8,000 langkah sehari pada hari sifar, satu atau dua hari dan tiga hingga tujuh hari, kumpulan tiga hingga tujuh hari mencatatkan kadar kematian 16.5 peratus, lebih rendah berbanding kumpulan hari sifar.

Kadar bagi kumpulan satu atau dua hari pula adalah 14.9 peratus.

Apabila kumpulan penyelidik mengehadkan punca kematian kepada penyakit yang berkaitan dengan jantung dan saluran darah, kadarnya adalah 8.4 peratus lebih rendah untuk kumpulan tiga hingga tujuh hari dan 8.1 peratus lebih rendah untuk kumpulan satu atau dua hari.

“Tidak perlu berasa tertekan untuk berjalan setiap hari, ” kata penolong profesor di Sekolah Siswazah Perubatan Universiti Kyoto, Kosuke Inoue ketika penerbitan penyelidikan itu dan mengesyorkan berjalan kaki pada hujung minggu. – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles