fbpx

OPR naik kepada 2.25 peratus

KUALA LUMPUR: Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang menjadi penanda aras pinjaman dan tabungan dinaikkan sebanyak 25 mata asas atau 0.25 peratus kepada 2.25 peratus.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia memutuskan kenaikan tersebut hari ini selepas bermesyuarat selama dua hari bermula semalam.

Susulan peningkatan itu, kadar siling dan lantai koridor OPR juga meningkat masing-masing kepada 2.50 peratus dan 2.00 peratus.

Ia kenaikan kedua berturut-turut tahun ini selepas BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus semasa mesyuarat terakhirnya Mei lalu.

Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, kegiatan ekonomi di Malaysia terus meningkat pada bulan-bulan kebelakangan ini.

Ia berkata, penunjuk eksport dan perbelanjaan runcit mengesahkan momentum pertumbuhan yang positif, disokong oleh peralihan ke fasa endemik.

“Dalam pasaran pekerja, kadar pengangguran terus menurun dengan penyertaan tenaga kerja yang lebih tinggi dan prospek pendapatan yang bertambah baik.

“Pada masa hadapan, pertumbuhan ekonomi akan disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh meskipun permintaan luaran dijangka sederhana disebabkan rintangan yang dihadapi oleh pertumbuhan global.

“Selain itu, pembukaan sempadan antarabangsa sejak 1 April 2022 akan menyokong pemulihan sektor berkaitan pelancongan. Aktiviti dan prospek pelaburan terus disokong oleh pelaksanaan projek berbilang tahun,” kata BNM.

Bank pusat bagaimanapun menegaskan bahawa risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan terus berpunca daripada pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang berterusan dan gangguan rantaian bekalan yang semakin teruk.

Ia berkata, sejak awal tahun sehingga kini, inflasi keseluruhan berpurata pada 2.4 peratus.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles