fbpx

Lelaki berani selamatkan kanak-kanak dari ditanduk bison

CHEYENNE – Seorang lelaki Colorado memerlukan rawatan perubatan di sebuah hospital selepas dia ditanduk oleh seekor bison di Taman Negara Yellowstone, Wyoming pada Isnin lalu.

Bison ialah haiwan mirip kerbau yang mempunyai tanduk pendek dan banyak terdapat di Amerika Utara.

Bison yang seberat hampir 1,000 kilogram itu menanduk lelaki berusia 34 tahun itu selepas dia dengan berani menyelamatkan seorang budak lelaki yang berada di laluan binatang itu di Taman Negara Yellowstone.

Lelaki itu dari Colorado Springs, sedang bersama keluarganya di taman negara apabila dia diserang oleh bison jantan tersebut,

Dia kemudian bertindak berani menolak kanak-kanak itu menyebabkannya ditanduk di bahagian lengannya oleh bison tersebut.

Lelaki itu kemudian sempat melarikan diri dari haiwan berkenaan. – Agensi

Apa tengok-tengok nak kena tanduk. – Gambar hiasan english.elpais.com

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles