fbpx

Monyet pegang pisau akhirnya berjaya ditangkap

CORRENTE – Seekor monyet yang memegang sebilah pisau dan seolah-olah mengancam orang ramai yang lalu- lalang akhirnya berjaya ditangkap di sebuah bandar di Brazil baru-baru ini.

Penduduk di bandar Corrente telah berdepan dengan masalah tersebut dengan cara yang paling pelik sejak kebelakangan ini.

Monyet itu mmuncul dan membawa pisau sehingga menakutkan penduduk tempatan dan mengganas bandar itu.

Beberapa foto dan video haiwan itu telah tersebar di media sosial.

Monyet itu boleh dilihat melambai-lambaikan pisau tersebut dan juga cuba mengasahnya di dinding balkoni sebuah pusat beli-belah tempatan.

Krisis itu akhirnya berjaya diselesaikan apabila kakitangan-kakitangan Institut Alam Sekitar dan Sumber Asli Diperbaharui Brazil (IBAMA) berjaya menangkap haiwan itu.

Tiada siapa yang cedera dalam kejadian tersebut.

Haiwan itu mungkin dikembalikan ke taman yang terletak berhampiran dengan pusat beli-belah tersebut. – Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles