fbpx

Juruterbang MIG-29 maut nahas pesawat terhempas di Ipoh

SHAH ALAM – Seorang jurulatih penerbangan dilaporkan maut manakala rakannya terselamat dalam nahas pesawat ringan terhempas di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di Ipoh kira-kira pukul 8 malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, disahkan maut di tempat kejadian. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, dan tiga anak perempuan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa yang cedera sudah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Seorang lagi mangsa, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, yang merupakan ketua jurulatih penerbangan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh di sini.

Nahas melibatkan pesawat jenis Piper 28 yang berlepas dari Bats Aviation Sdn Bhd (BATS) berhampiran, kata Muhammad Din.

“Mereka berlepas dari sekolah penerbangan berhampiran,” katanya.

Mengulas kejadian sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Azman Hussin berkata, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.10 malam.

“Setibanya di tempat kejadian didapati terdapat sebuah kapal terbang bersaiz kecil telah terhempas.

“Terdapat dua mangsa dan bomba segera menjalankan kerja mengeluarkan mereka,” katanya.

Kedua-dua mereka dikeluarkan masing-masing pada jam 9.25 dan 9.35 malam.

Sementara itu, wartawan Garasi TV, Syahril A. Kadir dalam posting di laman Facebook berkata,  juruterbang itu ialah sahabatnya yang pernah berkhidmat dalam pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia.

 “Sahabat saya, Left Kol (B) Fajim Juffa disahkan meninggal dunia sebentar tadi dalam nahas udara di Medan Gopeng, Ipoh.

“Difahamkan bekas juruterbang jet MIG-29 yang kini bertugas sebagai jurulatih penerbangan itu maut apabila pesawat ringan yang dinaiki terhempas di Jalan Dr. Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng, di sini, malam ini.

“Bapa Fajim, Left Kol Mustafa Kamal Mohd. Yusoff juga maut dalam nahas helikopter Nuri pada tahun 1989.

FAJIM menerima lawatan bekas Perdana Menteri Najib Razak selepas terlibat dalam satu insiden pesawat terhempas pada 2005. – Gambar Syahril Kadir

“Sahabat saya itu juga pernah mengalami nahas udara pada tahun 2005 apabila jetnya terhempas namun beliau selamat dalam tragedi tersebut. Saya hilang kata-kata,” kata Syahril.

faizal
Faizal Zakaria pernah berkhidmat dengan akhbar Kosmo! selama 14 tahun sebelum membawa haluan sendiri melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2018. Jawatan terakhir beliau ketika itu ialah Editor Prosesan. Sepanjang berkhidmat dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu, Faizal pernah ditugaskan di Meja Laporan Khas, Meja Ekonomi, Meja Luar Negara, Meja Rencana Ahad dan terakhir, Editor Prosesan. Selain pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan, Hadiah Kajai pada 2004, Faizal dari semasa ke semasa menyampaikan syarahan di beberapa universiti tempatan dan luar negara, serta menjadi jurulatih korporat dalam bidang penulisan media.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles