fbpx

Lepas pecah rekod 100m, Azeem minta doakan kejayaan di Cali

UBON RATCHATHANI – Pemegang rekod baharu 100 meter (m) negara, Muhammad Azeem Fahmi meminta rakyat Malaysia mendoakannya sekali gus mampu menempa kejayaan pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 di Cali, Colombia awal pagi esok.

Azeem, 18, mencipta sensasi apabila memecahkan rekod 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan masa menakjubkan 10.09 saat awal pagi tadi.

Kejayaan itu membolehkannya mara ke separuh akhir selepas mengungguli peringkat saringan lapan di Stadium Pascual Guerrero.

Catatan itu sekali gus memecahkan rekod lama 100m kebangsaan, 10.18s yang sebelum ini dilakukan oleh Khairul Hafiz Jantan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016.

“Terima kasih semua atas ucapan. Alhamdulillah untuk segala-galanya. Kita fokus separuh akhir dan harapnya ke final.

“Hanya yang saya minta kepada semua rakyat Malaysia ialah doa dan (ucapan) positif. Itu senjata paling kuat untuk diri ini,” katanya menerusi perkongsian di IG Story miliknya hari ini.

Azeem akan beraksi dalam saingan separuh akhir tiga bersama Almond Small (Kanada), Nazzio John (Grenada), Bouwahjgie Nkrumie (Jamaica), Alessio Faggin (Itali), Mukethwha Tshifura (Afrika Selatan), Hiroto Fujiwara (Jepun) dan Tomas Mondino dari Argentina.

Lebih menarik, catatan 10.09s itu adalah kedua terpantas daripada semua lapan saringan berlangsung awal pagi tadi, di belakang Letsile Tebogo dari Botswana yang mencipta rekod baharu kejohanan dengan masa 10.00s.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles