fbpx

Duda curi, pakai seluar dalam wanita dipenjara 24 bulan

KOTA KINABALU – Gara-gara mencuri seluar dalam wanita dan memakainya, seorang lelaki dipenjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Tertuduh Muhammad Rizal Richard Abdullah, 39, didakwa mencuri pakaian dalam wanita di Taman Puncak, Menggatal, di sini, pada jam 1.39 pagi, 11 Ogos lalu.

Majistret Jessica Ombou Kakayun memutuskan hukuman tersebut selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan itu.

Kejadian itu dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tertuduh dengan tidak memakai baju mencuri pakaian dalam wanita menggunakan sebatang kayu di beranda belakang rumah mangsa sebelum laporan polis dibuat.

Muhammad Rizal ditahan di rumahnya pada 13 Ogos lalu dan pemeriksaan menemui 10 jenis pakaian dalam wanita dalam simpanan tertuduh.

Pertuduhan dilakukan Inspektor Albert Basiri selaku pegawai pendakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu ketika rayuan, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nabila Norsahar, meminta hukuman ringan memandangkan Muhammad Rizal mengaku bersalah dan menyesal atas perbuatannya.

Nabila berkata, tertuduh juga sudah bercerai dan mempunyai dua anak selain tidak bekerja dan dibiayai keluarganya.

Bagaimanapun, pegawai pendakwa meminta hukuman berat dikenakan memandangkan tertuduh melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab terhadap wanita.

Albert juga menekankan bahawa kesalahan sebegitu amat memalukan golongan lelaki, malah semasa ditahan tertuduh didapati memakai seluar dalam wanita itu.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles