MELAKA: Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berasrama di sini cuba membunuh diri dipercayai akibat dibuli rakan asrama dengan melakukan seks oral.
Akibat tertekan dengan perlakuan rakan asrama, mangsa berusia 14 tahun itu menjadi ketakutan dan trauma sehingga cuba membunuh diri ketika berada di rumahnya pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata berdasarkan laporan polis dibuat ibu mangsa berusia 37 tahun, kejadian itu terbongkar selepas anak lelakinya kelihatan murung dan cuba bertindak membunuh diri.
Katanya, mangsa dikatakan meracau pagi kelmarin sebelum dihantar oleh keluarganya ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut
Bagaimanapun, Christopher berkata, kes itu masih dalam siasatan kerana polis.
Tambahnya, polis belum lagi merakam percakapan pelajar terbabit yang kini berada di hospital untuk mengetahui punca kejadian itu.
“Kes ini juga sudah diserah kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk siasatan lanjut,” katanya yang memberitahu tiada mana-mana pelajar ditahan setakat ini bagi membantu siasatan.