fbpx

Najib boleh bayar denda RM120 juta sehingga akhir tempoh hukuman

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempunyai masa untuk menjelaskan denda RM210 juta yang diputuskan mahkamah berkaitan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, sehingga tempoh akhir hukuman penjara 12 tahun yang dihadapi.

Justeru, pengamal undang-undang berpendapat bekas Perdana Menteri berusia 69 tahun itu boleh membayar jumlah denda besar itu pada bila-bila masa, sepanjang tempoh 12 tahun beliau dipenjarakan.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, berkata berdasarkan prinsip undang-undang, Najib boleh membayar denda itu bila-bila masa, namun jika gagal berbuat demikian selepas hukuman penjaranya dijadualkan berakhir maka tempoh pemenjaraan akan ditambah lima tahun seperti perintah Mahkamah Persekutuan.

Peguam Lim Wei Jiet turut berkongsi pandangan sama dan berkata, tiada had masa yang dikenakan oleh Mahkamah Persekutuan berhubung tempoh pembayaran.

“Oleh itu, beliau boleh melunaskannya pada bila-bila masa sepanjang tempoh 12 tahun pemenjaraannya,” kata peguam itu.

Peguam M Viswanathan pula berkata, Najib boleh membuat bayaran secara ansuran atau mengeluarkan arahan untuk menjual hartanah seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 283 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kebiasaannya, tempoh masa yang munasabah diberikan untuk membuat pembayaran,” katanya.

Semakan dengan pihak berkuasa pula mendapati tidak jelas sama ada Najib sudah membayar denda berkenaan atau sebaliknya.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Panel lima hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas beliau pada 28 Julai 2020.

Pada 8 Disember 2021, beliau turut gagal mengetepikan sabitan dan hukuman itu di peringkat Mahkamah Rayuan. – BERNAMA

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles