Pembunuhan Abe: Ketua Polis Jepun umum letak jawatan

TOKYO – Ketua Agensi Polis Kebangsaan Jepun hari ini mengumumkan akan meletak jawatan susulan pembunuhan bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe.

Itaru Nakamura berkata, keputusan itu dibuat atas aspek tanggungjawab keselamatan.

Beliau adalah pegawai paling kanan yang meletak jawatan kerana ada kaitan dengan pembunuhan Abe sewaktu perhimpunan kempen di barat bandar Nara pada 8 Julai lalu, di mana pakar menyifatkan tahap keselamatan ketika itu sangat teruk.

“Dalam proses mengesahkan pelan keselamatan baharu, kami sedar bahawa tanggungjawab keselamatan… kami perlu permulaan yang segar.

“Bagi menandakan permulaan baharu pelan keselamatan kami, secara semula jadi kami akan membangunkan sebuah agensi baharu,” katanya pada sidang media.

Semasa kes tembakan di Nara, pakar berpandangan tahap keselamatan di bandar itu secara keseluruhannya tidak mencukupi.

Pengawal peribadi Abe mungkin boleh menyelamatkan beliau dengan memberi perlindungan kepada bekas Perdana Menteri Jepun itu atau menariknya daripada garisan tembakan pada 2.5 saat selepas tembakan pertama yang tidak menepati sasaran, sekali gus mengelak tembakan maut.

Abe, 67, ditembak pada 8 Julai di bandar Nara, Jepun semasa berucap dalam kempen pilihan raya.

Pembunuhnya, Tetsuya Yamagami, mendekati ahli politik itu dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter, sebelum ditahan serta-merta di lokasi sejurus melepaskan tembakan dan kini menjalani penilaian psikiatri, lapor media Jepun bulan lalu.

Abe yang dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Perubatan dan upacara pengebumian serta pembakaran mayatnya dilakukan pada 12 Julai lalu.

Menurut laporan laporan media tempatan, ketua polis Nara turut mengumumkan niatnya untuk meletakkan jawatan susulan kejadian itu.

Pegawai termasuk Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida mengakui terdapat kelompongan membabitkan aspek keselamatan sewaktu kehadiran Abe pada kempen pilihan raya.

Sebelum ini, Agensi Polis Kebangsaan memberitahu Reuters bahawa pembunuhan itu adalah punca kegagalan polis untuk menjalankan tanggungjawab diberi.

Satu pasukan khas turut ditubuhkan untuk menyemak semula langkah keselamatan dan perlindungan serta membangunkan langkah pencegahan.

Pengebumian Negara Abe pada 27 September ini akan menjadi pengebumian negara kedua untuk bekas perdana menteri sejak Perang Dunia II, selepas pengebumian Shigeru Yoshida pada 1967. – AGENSI

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles