fbpx

Aubameyang kembali di EPL bersama Chelsea

PENYERANG Barcelona, Pierre-Emerick Aubameyang kembali mewarnai Liga Perdana Inggeris selepas Chelsea sah menandatanganinya pada harga 10.3 juta pound (RM53.3 juta).

Pengumuman itu dibuat selepas jendela perpindahan ditutup secara rasmi.

Perbelanjaan Chelsea sepanjang musim panas ini melonjak ke 240 juta pound (RM1.24 bilion) dengan pembelian bekas pemain Arsenal itu.

Hubungan Aubameyang dan Arteta tegang selepas pemain Gabon itu dikatakan mempunyai masalah disiplin, termasuk kegagalannya untuk melaporkan diri selepas melawat ibunya yang sakit di Perancis.

Chelsea berharap gandingan semula Aubameyang dan pengendali Chelsea, Thomas Tuchel akan menjelmakan potensi terbaik pemain 33 tahun seperti ketika mereka bersama di Borussia Dortmund.

“Saya amat gembira. Ia satu penghargaan dapat menjadi sebahagian daripada pasukan ini dan saya tidak sabar untuk memulakannya.

“Saya ada urusan yang belum selesai di Liga Perdana Inggeris, jadi saya teruja dapat kembali,” kata Aubameyang. – AFP

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles