fbpx

Gangguan seksual: Bapa pelakon remaja buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan bapa kepada seorang pelakon remaja perempuan mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan dipukul lelaki itu membuat laporan polis semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, bapa pelakon itu membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah, untuk menafikan dakwaan berhubung pendedahan anaknya di media sosial.

Bagaimanapun, beliau berkata, Polis Kuala Lumpur belum menerima sebarang laporan polis daripada pelakon remaja terbabit atau daripada mana-mana pihak berkaitan perkara itu.

“Setakat ini, tiada laporan diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur,” katanya dipetik daripada BH hari ini.

Baru-baru ini, pelakon berusia 15 tahun menerusi satu temubual di YouTube ‘Bros Gang TV’ membuat pendedahan mengejutkan mengenai sikap sebenar bapa kandungnya yang didakwa suka menonton filem lucah.

Menerusi temubual itu, pelakon itu turut mendakwa dia sering diraba dan dicium bapa kandungnya, ketika dia berusia lima hingga enam tahun.

Lelaki itu juga didakwa melakukan gangguan seksual terhadap pelakon remaja itu termasuk melakukan onani di hadapannya.

Malah dia dikatakan mengajak anak perempuannya itu menonton video lucah bersama-sama.

Sementara itu, semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dilaporkan berkata, pihaknya bersedia memanggil pelakon remaja itu jika ada laporan dibuat.

Katanya, setakat ini belum ada laporan rasmi diterima pihaknya dan beliau juga baru mengetahui perkara itu menerusi laporan media.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles