fbpx

Runtuhan kuari: Jengkaut kedua turut ditemui, jengkaut pertama ada tulang dipercayai mangsa

IPOH – Satu lagi jengkaut ditemukan hari ini di lokasi dua mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai yang berlaku pada Mac lalu.

Penolong Pengarah Operasi, JBPM Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, bangkai jengkaut itu ditemukan jam 5.02 petang pada jarak kira-kira tiga meter daripada lokasi jengkaut pertama dijumpai.

“Unit K9 digerakkan ke lokasi jengkaut berkenaan. Bagaimanapun kedudukan mangsa belum diperoleh dengan tepat disebabkan timbunan batu besar di atas jengkaut terbabit,” katanya hari ini.

Beliau memaklumkan, operasi hari ini dihentikan buat sementara waktu jam 7 malam tadi dan akan disambung semula 8 pagi esok.

Terdahulu, media melaporkan jengkaut bersama cebisan baju dan tulang ditemukan di lokasi berkenaan hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, cebisan tulang dan rangka itu dijumpai di dalam sebahagian kabin jengkaut berkenaan.

“Pihak polis menerima maklumat pada pukul 8.30 pagi daripada pengusaha kuari mengenai penemuan serpihan jentera yang dipercayai dikendalikan oleh seorang daripada mangsa yang tertimbus dalam runtuhan batu.

“Pasukan mencari dan menyelamat yang diketuai Ketua Polis Daerah Ipoh dibantu pihak bomba dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak telah menemui cebisan tulang dan rangka manusia dalam kabin jentera berkenaan,” katanya.

Dalam kejadian 9.15 pagi 8 Mac lalu, dua mangsa, Itam Lasoh, 43 dan Kheow Loo Siew Soon, 49, dilapor tertimbus dalam insiden runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, di Simpang Pulai di sini.

Seorang lagi mangsa berusia 35 tahun yang mengalami patah tulang kaki dihantar ke HRPB untuk rawatan manakala rakannya berusia 38 tahun cedera ringan.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles