fbpx

Russia digantung sertai Euro 2024

RUSSIA tidak akan beraksi pada Euro 2024 susulan pasukan kebangsaan dan kelab negara berkenaan digantung daripada kejohanan antarabangsa awal tahun ini oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

Ia susulan pencerobohan negara tersebut ke atas Ukraine sekali gus tidak mengambil bahagian dalam undian Euro 2024.

“Semua pasukan Russia kini digantung berikutan keputusan Jawatankuasa Eksekutif UEFA pada 28 Februari 2022 yang kemudiannya disahkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan pada 15 Julai 2022,” kata badan induk bola sepak Eropah itu dalam satu kenyataan.

“Justeru Russia tidak akan dimasukkan dalam undian kelayakan Kejohanan Eropah 2022-24.

Rayuan Russia terhadap hukuman itu ditolak CAS pada Julai.

“Persekutuan kami sedang menanti keputusan penuh penghakiman CAS selepas kajian sama akan melakukan langkah lain perlu dibuat,” kata Persekutuan Bolasepak Russia.

Russia juga digantung daripada Piala Dunia Qatar oleh FIFA.

Pasukan berkenaan asalnya layak ke playoff Kejohanan Eropah.

Kejohanan Eropah 2024 akan dihoskan Jerman dengan undian kelayakan dijangka di Frankfurt pada 9 Oktober ini. – AFP

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles