fbpx

Remaja maut kereta rempuh kedai runcit

TUMPAT – Seorang remaja maut selepas kereta yang dinaiki terbabas dan merempuh sebuah kedai runcit di Jalan Kebakat di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menaiki kereta jenis Proton Saga bersama empat orang rakannya yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 17 tahun dari arah Kampung Semat Jal menghala ke Kebakat di sini.

Menurutnya, semasa melalui kawasan bonggol, pemandu kereta yang berusia 17 tahun dipercayai menukar gear sebelum membuat pecutan.

“Bagaimanapun, kereta tersebut hilang kawalan sehingga terbabas dan merempuh sebuah kedai runcit.

“Berdasarkan keterangan saksi kejadian, dia melihat salah seorang penumpang di dalam kereta itu telah keluar sebelum melarikan diri semasa rakan-rakannya masih tersepit di dalam kereta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Amran memberitahu, dua daripada mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu cedera di kepala manakala seorang lagi mengalami kecederaan dalaman. 

Katanya, bagaimanapun, seorang lagi rakan mereka yang melarikan diri itu masih gagal dikesan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tumpat di sini untuk dibedah siasat pagi tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles