fbpx

Maut bergaduh kes curi baja

PARIT BUNTAR – Kes curi baja dipercayai menjadi punca pergaduhan dua lelaki sehingga menyebabkan kematian di Kampung Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, di sini petang semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pergaduhan jam 5 petang itu tercetus selepas mangsa berusia 47 menahan suspek di tengah jalan sebelum menumbuk pipinya.

Susulan itu, katanya, berlaku pergaduhan dengan suspek membalas dengan menumbuk hidung mangsa dan pergelutan berlarutan sehingga kedua-duanya terjatuh dalam tali air berhampiran.

“Pergaduhan antara suspek dan mangsa kemudiannya dileraikan penduduk setelah kedua-duanya naik ke daratan.

“Selepas dileraikan, suspek pulang ke rumahnya, manakala mangsa rebah dan tidak sedarkan diri ketika pergi ke motosikalnya sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata punca pergaduhan dikatakan mangsa menuduh suspek mencuri baja miliknya.

“Susulan kejadian itu suspek berusia 40 tahun ditahan di rumahnya kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian pada jam 6 petang semalam.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek yang bekerja sendiri itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek memiliki enam rekod jenayah lampau dalam kes jenayah dan dadah akan direman hari ini di Mahkamah Majistret Parit Buntar,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles