fbpx

Lima kru, juruterbang terselamat nahas helikopter di Cameron Highlands

SHAH ALAM – Enam kru termasuk seorang juruterbang dilaporkan terselamat dalam nahas helikopter jenis Eurocopter AS355F2 di Brinchang, Cameron Highlands petang tadi.

Lima mangsa nahas tersebut mengalami kecederaan ringan manakala seorang mangsa mengalami patah tulang paha.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.15 petang.

Jelas beliau, pesawat tersebut membawa lima pegawai perubatan termasuk seorang doktor dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk merawat penduduk pedalaman.

“Pihak bomba sedang giat usaha membawa kesemua penumpang keluar daripada tempat terhempas apabila tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 3.51 petang tadi.

”Siasatan awal mendapati cuaca menjadi faktor utama helikopter tersebut hilang kawalan dan terhempas,” katanya.

Tambah beliau, helikopter tersebut terhempas pada ketinggian 1,568 meter dari atas laut.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mangsa telah menghubungi pasukan keselamatan untuk memaklumkan insiden itu, justeru anggota segera diatur gerak ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Beliau berkata, difahamkan ketika cuba melakukan pendaratan, helikopter itu tersangkut pada pokok di hutan berkenaan.

Katanya, kejadian berlaku ketika helikopter yang membawa pasukan perubatan terbabit dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak, dari Lojing, Kelantan.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles