fbpx

Mangsa banjir di Johor naik kepada 323 orang, 4 daerah terjejas

JOHOR BAHRU – Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 323 orang daripada 74 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah, setakat jam 8 malam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan pertambahan mangsa banjir itu membabitkan daerah Segamat, Kulai, Kluang dan terbaru, Pontian.

Pontian adalah daerah terbaharu terjejas banjir dengan 17 mangsa daripada empat keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK)Melayu Raya, Pekan Nanas.

“Hujan lebat hampir lima jam petang tadi menyebabkan mangsa banjir di Kulai dan Kluang meningkat manakala Pontian membuka sebuah PPS yang menempatkan 17 mangsa daripada empat keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya, Pekan Nanas.

“Mangsa banjir di Kulai meningkat kepada 215 mangsa daripada 45 keluarga tengah hari ini berbanding hanya 212 mangsa daripada 44 keluarga tengah hari tadi.

“Mangsa banjir di Kluang juga meningkat kepada 34 orang daripada tujuh keluarga berbanding hanya 27 daripada enam keluarga, tengah hari tadi. Bagaimanapun mangsa banjir di Segamat kekal 57 orang daripada 18 keluarga,” kata kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, JPBP turut memaklumkan cuaca buruk akan berterusan malam ini, dengan semua 10 daerah di negeri ini berkemungkinan hujan.

Aras Sungai Johor membabitkan lembangan Sungai Sayong di Kampung Sungai Siam, Kulai, juga dilaporkan berada pada paras amaran.

Sungai berkenaan mencatatkan paras 20.66 meter berbanding paras normal, 19 meter. Sungai Batu Pahat membabitkan lembangan Sungai Lenik di Ladang Chaah turut berada pada paras amaran dengan 5.79 meter berbanding paras normal 4.10 meter.

Sungai Skudai di Kampung Separa dan Sungai Pontian Besar di Kampung Paya Embun pula berada pada paras berjaga-jaga dengan 16.81 meter dan 4.67 meter.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles