fbpx

Pelajar IPTA didakwa rogol dua pelajar bawah umur

SEREMBAN – Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lima pertuduhan merogol dua remaja perempuan bawah umur.

Tertuduh yang kini berusia 18 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan satu hingga tiga, tertuduh didakwa melakukan kesalahan merogol seorang remaja perempuan berumur 16 tahun di tiga lokasi berbeza dalam kawasan sebuah sekolah menengah, di sini, dari Mei hingga Jun lalu.

Bagi pertuduhan keempat dan kelima pula, tertuduh didakwa melakukan kesalahan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di dua lokasi berbeza di sekolah sama pada Mac dan Mei lalu.

Bagi semua pertuduhan berkenaan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Goh Hsiao Tung, tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Tertuduh tidak diwakili peguam, namun ibunya yang akan membayar wang ikat jamin, tampil membuat rayuan kepada mahkamah sebelum Surita membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 bagi semua pertuduhan.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan bahawa tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan perlu melaporkan diri di balai polis terdekat sebulan sekali.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Januari 2023.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles