fbpx

Lebih sejuta mati akibat senjata api di AS

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kematian akibat senjata api sebanyak 1,110,421 kes antara tahun 1990 hingga 2021.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal perubatan JAMA Network yang turut merangkumi kematian akibat tembakan rambang.

Pada tahun lalu saja 48,953 kes kematian akibat senjata api turut direkodkan.

Ia adalah kematian akibat senjata api yang tertinggi direkodkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) sejak 1981.

Kajian itu juga menunjukkan kira-kira 25.8 peratus daripada mangsa adalah individu kulit hitam.

Menurut artikel yang diterbitkan di Persatuan Perdagangan Industri Senjata Api; Sistem Pemeriksaan Latar Belakang Jenayah Kebangsaan (NICS), Biro Siasatan Persekutuan merekodkan 192,749 pemeriksaan latar belakang pada musim beli-belah Black Friday tahun ini.

Angka bagi pemeriksaan terhadap setiap individu sebelum membenarkan urus niaga senjata api itu adalah itu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding musim jualan Black Friday tahun lepas.

Sementara itu, Menurut Kajian Senjata Api yang berpangkalan di Switzerland, pemilikan senjata api adalah paling tinggi di AS dengan terdapat kira-kira 120 senjata api untuk setiap 100 rakyat AS. – REUTERS

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles