fbpx

Ketahanan mental julang Perancis

PENYERANG Perancis, Olivier Giroud kagum dengan ketahanan mental skuad tersebut sebelum melakar kemenangan 2-1 ke atas England pada suku akhir Piala Dunia di Qatar awal pagi tadi.

Tandukan penyerang AC Milan itu 12 minit sebelum tamat membantu Perancis layak ke separuh akhir awal pagi Khamis ini berdepan Magribi.

“Ia luar biasa. Kami bekerja keras secara bertahan ketika mendahului. Ia mengingatkan saya kepada Belgium pada 2018.

“Saya juga sangat bangga. Kami mempamerkan persembahan terbaik malam ini,” kata Giroud.

Dalam pada itu, Kapten England, Harry Kane mengakui dia perlu menerima hakikat kegagalan sepakan penaltinya menjadi punca England tersingkir.

“Saya tidak boleh salahkan persediaan saya sebelum perlawanan, itu tidak ada bezanya. Saya yakin untuk mengambil penalti cuma ia tidak menjadi.

“Sudah tentu saya perlu terima kenyataan ini. Tetapi apa yang boleh kita lakukan adalah bangga antara satu sama lain dan percaya pasukan ini berada pada tempat yang terbaik untuk masa depan.” katanya.

Sebelum itu, penyerang berkenaan menyamakan kedudukan di Stadium Al Bayt menerusi sepakan penalti pertama sekali gus menyaksikan dia menyamai rekod 53 gol buat England yang dipegang Wayne Rooney.

Dia berpeluang menjadikan kedudukan 2-2 selepas Mason Mount dikasari Theo Hernandez namun gagal menyempurnakannya dengan bola melayang melepasi palang.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles