fbpx

Banjir: Mangsa meningkat di Kelantan

SHAH ALAM – Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 2,019 mangsa setakat jam 9 pagi ini berbanding 2,014 petang semalam.

Jumlah itu membabitkan daripada 637 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Menurut laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my, setakat jam 9 pagi hari ini, Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan bacaan paras amaran iaitu 8.98 meter.

Sungai Golok di Kuala Jambu pula menunjukkan bacaan paras berjaga-jaga iaitu 2.12 meter.

Dalam pada itu, seramai 61 mangsa banjir berada di PPS di Terengganu.

Setakat jam 8 pagi tadi, semua mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di dua PPS di daerah Hulu Terengganu.

Sementara itu, satu sungai di Terengganu masing-masing menunjukkan bacaan melepasi paras bahaya dan amaran manakala tiga lagi mencatatkan bacaan melebihi paras waspada.

Berdasarkan laman web rasmi, Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu direkodkan melepasi paras amaran dengan bacaan 24.63 meter (m) berbanding paras normal 20m.

Di Kemaman, Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik pula menunjukkan bacaan 1.97m sekali gus melepasi paras amaran.

Sementara itu, sungai yang merekodkan bacaan melepasi paras waspada adalah Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu (18m) dan Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus (2.12m ) Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun yang berada pada paras 10.04m juga melepasi paras waspada.

Sementara itu di Kota Tinggi, Johor jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke dua PPS di daerah ini, mula berkurangan setakat jam 8 pagi tadi.

Sebanyak 84 mangsa membabitkan 25 keluarga dicatatkan, berbanding 88 mangsa daripada 27 keluarga pada jam 12 tengah malam tadi.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles