fbpx

Tanah runtuh: 18 maut, 14 masih hilang

HULU SELANGOR – Seramai 18 maut termasuk empat kanak-kanak dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali setakat jam 5.30 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, seramai 14 mangsa masih tertimbus dalam runtuhan berkenaan dan pencarian masih giat dijalankan.

Menurutnya, kemalangan berkenaan melibatkan seramai 94 orang mangsa dengan 61 daripadanya selamat.

“Mangsa terbaru dikeluarkan sekitar jam 4.40 tadi, dan dalam setengah jam yang lalu kita menjumpai seorang lagi mangsa tetapi masih dalam proses untuk dibawa keluar.

“Kita mengalami kesukaran mengesan mangsa berikutan kedudukan mayat yang telah ditolak jauh dari tapak perkhemahan oleh runtuhan tanah,” katanya hari ini.

Mayat mangsa ke-17 dan 18 itu ditemui pada jam 4.40 petang di Sektor C (Riverside) dalam keadaan berpelukan dipercayai pasangan ibu dan anak perempuan berusia lingkungan tiga tahun.

Mayat kedua-dua mangsa dipercayai berada di antara Sektor A atau B semasa kejadian berlaku namun dibawa arus tanah ketika kejadian.

Norazam berkata, misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih tertimbus akan diteruskan selama 24 jam dengan tumpuan diberikan kepada sektor B dan C.

Bagaimanapun katanya, misi akan dihentikan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Katanya, sejumlah 16 mangsa yang maut ditemui di sektor A, manakala tiga lagi di sektor C, selain menjangkakan baki mangsa yang masih tertimbus berada di sektor B dan C.

Sektor A bagi misi SAR berkenaan terletak di kem Hillview, manakala sektor B di kem Farmview dan sektor C pula berhampiran kem Riverside.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles