fbpx

72,332 mangsa banjir di lima negeri, 9 sungai di Kelantan, Terengganu lepasi paras bahaya

KUALA LUMPUR – Jumlah keseluruhan mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri seramai 72,332 orang setakat 8 pagi tadi dengan Kelantan dan Terengganu terus merekodkan peningkatan bilangan mangsa.

Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 443 PPS dibuka di lima negeri tersebut yang meliputi 40,889 mangsa dari 11,360 keluarga di Terengganu (298 PPS).

Sementara itu di Kelantan, menempatkan 31,120 orang mangsa (128 PPS) daripada 8,922 keluarga termasuk warga emas dan warga OKU selain kanak-kanak dan bayi.

JKM turut melaporkan dua PPS di Perak dan Johor masih beroperasi dengan kurang 60 orang mangsa bagi setiap negeri.

Di Pahang, menunjukkan tiga PPS masih beroperasi di negeri itu dengan merekodkan 221 mangsa daripada 62 keluarga.

Dalam pada itu, tiga sungai utama di Kelantan masih melepasi paras bahaya, satu paras amaran dan empat paras berjaga-jaga sehingga jam 9 pagi ini.

Laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan, sungai yang masih melepasi paras bahaya ialah Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 10.48 meter (m), diikuti Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (3.68m) dan Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai (36.51m).

Sungai Kelantan di Kuala Krai melepasi paras amaran iaitu 23.51m, manakala sungai yang melepasi paras berjaga-jaga ialah Sungai Kelantan di Jeti Kastam (3.83m), Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu (3.79m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (22.20m) dan Sungai Pergau di Kuala Balah, Jeli (51.19m).

Di Terengganu pula enam sungai masih melepasi paras bahaya, tiga sungai dan satu sungai masing-masing melepasi paras amaran serta paras waspada.

Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu melepasi paras bahaya dengan bacaan 21.06 m, Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu (19.86m), Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus (4.62m), Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang (2.79 m) dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun (13.46m).

Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman turut mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 4.98m.

Sementara itu, tiga sungai yang melepasi paras amaran adalah Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu (13.15m), Sungai Peneh di Felda Mengkawang, Hulu Terengganu (37.16m) dan Sungai Terengganu di Muzium Terengganu, Kuala Terengganu (2.09m)

Selain itu, Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Setiu berada pada paras waspada dengan bacaan 7.92m.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles