fbpx

Bayi lelaki maut di taska

BANGI – Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan disahkan meninggal dunia di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata bayi didapati tidak sedarkan diri dan tiada sebarang tindak balas terhadap rawatan kecemasan diberikan selepas mangsa dihantar ke sebuah hospital swasta di sini.

“Rawatan kecemasan sudah diberikan kepada bayi berkenaan, namun tiada tindak balas sebelum mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Sebelum itu, beliau berkata pihak hospital swasta terbabit memaklumkan perkara itu pada jam 12.10 tengah hari tadi selepas menerima bayi berusia tiga bulan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mohd Zaid berkata, siasatan awal dilakukan mendapati bayi itu dihantar ibunya dalam keadaan sihat di pusat asuhan terbabit jam 7.15 pagi tadi.

Namun, katanya, bayi itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh pihak pengasuh jam 10.30 pagi dan pemeriksaan pada tubuhnya tidak menemui sebarang kecederaan.

“Mayat bayi itu dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Mengulas pusat asuhan, katanya, ia beroperasi sejak 2014 dan mempunyai lesen sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur kekerasan, namun disyaki terdapat unsur kecuaian menyebabkan kematian pada bayi terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles