fbpx

Warga Bangladesh menangis dicekup berkhalwat

MELAKA – Seorang lelaki warga Bangladesh hanya mampu menangis selepas ditangkap berkhalwat dengan kekasihnya seorang warga Indonesia di sebuah hotel di Taman Melaka Raya, Banda Hilir di sini awal pagi tadi.

Lelaki berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pelayan restoran itu mendakwa terpaksa mengajak kekasihnya janda dua anak yang berusia 30 tahun tidur di hotel selepas tidak dapat menempah penyedia perkhidmatan e-hailing untuk pulang.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pasangan itu dicekup dalam serbuan kira-kira pukul 1.35 pagi tadi dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah sempena Sambutan Hari Kekasih.

“Ketika diperiksa, warga Bangladesh berkali-kali memohon maaf sambil menangis kerana kesal dengan kesilapannya itu.

“Kedua-duanya dibawa ke pejabat JAIM bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya.

Che Sukri berkata, dalam operasi selama lima jam itu, pihaknya berjaya menahan lima pasangan kekasih berusia antara 20 tahun hingga 37 tahun untuk siasatan di bawah Seksyen 53 dan Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Seksyen 53 memperuntukan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali manakala Seksyen 71 jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Previous articleHarimau Malaya mungkin lawan Jepun, China
Next article

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles