fbpx

Harimau Malaya mungkin lawan Jepun, China

JEPUN dan China antara pasukan berprofil tinggi yang berada dalam perancangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk dijadikan sebagai lawan skuad Harimau Malaya bagi aksi persahabatan dan Pesta Bola Merdeka tahun ini.

Perkembangan itu dimaklumkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam usaha mendapatkan aksi terbaik untuk pasukan kebangsaan sebagai persiapan ke Piala Asia 2023 tahun depan.

Hamidin bagaimanapun menjelaskan, pihaknya masih menunggu pengesahan daripada negara terbabit termasuk Jepun dan China untuk mengatur perlawanan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menurutnya, aksi persahabatan Harimau Malaya akan bermula dengan dua perlawanan pada Mac ini dengan kedua-duanya bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Johor.

Katanya, pasukan terbabit adalah Turkmenistan manakala satu lagi pihaknya masih menunggu jawapan sama ada Taiwan atau Kuwait.

“Pada Jun, kita bermain satu perlawanan di SSI dan satu lagi kemungkinan di Terengganu. Tetapi saya difahamkan ada proses naik taraf. Saya tak pasti, kita mungkin akan bermain di Pahang atau Pulau Pinang untuk bagi ruang kepada peminat dekat sana.

“Pasukan yang sudah sah pada Jun ini adalah Yaman dan satu lagi antara Syria atau Oman. Pasukan itu semua mengikut perancangan dan taktikal ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon.

“September pula kita akan bermain di tempat lawan, kemungkinan akan bermain dengan Hong Kong dan mungkin Taiwan atau kita juga sedang minta dengan Jepun atau China. Kita tunggu jawapan dan mungkin juga Uzbekistan,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Jepun dan China berada di kedudukan ke-20 dan ke-80 dalam ranking FIFA, jauh di depan Malaysia yang menghuni tangga 145 dunia.

Selain itu, Hamidin menjelaskan bahawa Pesta Bola Merdeka bakal diadakan pada Oktober ini dengan menggunakan format seperti Piala Raja Thai.

“Pasukan yang sudah sah ada empat pasukan, Malaysia, India, Lubnan, Palestin dan ada kemungkinan kita nak bawa China. Jadi salah satu itu, Lubnan mungkin kita nak bawa untuk (persahabatan) pada September,” katanya. – BH Online

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles