fbpx

Isteri didakwa bunuh suami

SHAH ALAM – Sepasang kekasih warga India didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki senegara yang mayatnya ditemui dalam keadaan tragis di belakang sebuah pusat jagaan orang tua di Subang Jaya.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh iaitu Varun Kumar, 30, dan teman wanitanya Lachhami Devi, 23, selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa membunuh Arshdeep Singh, 25, di sebuah rumah kebajikan orang tua di Subang Hill, Subang Jaya di sini pukul 1.30 pagi pada 31 Oktober 2021.

Justeru pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Arshdeep Singh merupakan suami kepada Lachhami Devi.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Iman Ahmad. Tertuduh Varun Kumar diwakili peguam Dr. Pritam Singh Doal manakala Lachhami Devi tidak diwakili peguam.

Tiada ikat jamin dibenarkan dan mahkamah kemudian menetapkan 14 April ini bagi sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan kisah tragis pembunuhan seorang lelaki sembilan bulan lalu terbongkar selepas polis menemui satu plastik berisi mayat di belakang sebuah pusat jagaan orang tua, Subang Jaya di sini.

Mangsa yang juga lelaki berusia 25 tahun itu dilaporkan dibunuh oleh rakan senegaranya selepas tembelangnya yang menjalinkan hubungan dengan isteri mangsa terbongkar.

Mangsa dikatakan dibunuh dengan dikelar pada leher oleh suspek menggunakan pisau sebelum mayatnya ditanam di belakang banglo pusat jagaan berkenaan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles