KJ minta rakyat ingat hari pencen dalam isu pengeluaran KWSP

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingati rakyat Malaysia agar berpandangan jauh sebelum membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kali ketiga.

Dalam segmen Bekpes Hot FM pukul 8 pagi, KJ berkata, simpanan terbabit adalah bertujuan bagi menjamin masa depan persaraan pencarum.

“Ramai nak keluarkan wang KWSP tetapi kita ingatkan simpan untuk hari pencen nanti.

“Sebab kita lihat sebelum ini, masa kerajaan benarkan pengeluaran, berapa ramai yang keluarkan wang tersebut dan tak guna betul-betul?,” soalnya.

Pada masa sama, beliau menerima baik cadangan pemanggil yang mengutarakan pendapat supaya kerajaan membenarkan pengeluaran dengan syarat-syarat tertentu dimana salah satu syaratnya adalah bagi pencarum yang tidak pernah membuatkan pengeluaran.

Seterusnya, KJ berpandangan bahawa terdapat inisiatif-inisiatif lain boleh diusulkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan ketika ini.

“Kalau kita tak dapat bergantung kepada simpanan KWSP, maka ia terpulang kepada kerajaan. Banyak cara lain untuk bantu.

“Kerajaan perlu dengar rintihan rakyat dimana sekarang rakyat tengah susah susulan inflasi, kenaikan barang dan sebagainya. Tanpa menjejaskan masa depan rakyat,” jelasnya.

Semalam, beliau memuat naik hantaran di InstaStory miliknya memaklumkan akan membincangkan mengenai topik hangat iaitu pengeluaran kali ketiga simpanan KWSP.

Dalam hantaran sama, KJ turut bertanya pendapat orang ramai sama ada pengeluaran kali ketiga tersebut wajar atau tidak dibenarkan.

“Esok di Hot FM kita akan bincang topik hangat pengeluaran khas kali ketiga simpanan KWSP. Wajar ke tidak ia dibenarkan?” tulisnya.

Undian yang dikongsikan Khairy di Instagramnya menunjukkan rata-rata netizen berpendapat pengeluaran semula itu wajar dibenarkan kerajaan. – Sumber KOSMO! ONLINE

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles