50 orang pertama kali diperkenalkan dengan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)

KLANG – Masyarakat umum digesa jangan mengambil sikap menunggu sebelum mendekati orang pekak, sebaliknya perlu menggorak langkah terlebih dahulu untuk menyantuni komuniti berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pandamaran, Leong Tuck Chee berkata, masyarakat umum tidak boleh menunggu orang pekak mendekati mereka kerana cara berkomunikasi komuniti  itu berlainan iaitu menggunakan bahasa isyarat.

Sehubungan itu katanya, masyarakat umum perlu mengambil langkah pertama dengan mengenali komuniti pekak melalui Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).

“Apabila kita dapat belajar BIM dan seterusnya mendekati komuniti pekak, barulah kita mengenali mereka, mengetahui keperluan serta kehendak mereka dan sebagainya.

“Jangan kita lupa bahawa komuniti pekak juga adalah sebahagian daripada masyarakat negara ini yang memerlukan keperluan sama seperti orang biasa,” katanya.

Sebelum itu, Tuck Chee merasmikan Program Kesedaran BIM di Dewan MPKK, Pandamaran yang disertai 50 peserta termasuk kalangan pelajar sekolah.

Program sehari itu mendapat kerjasama daripada Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA), Penggerak Belia Selangor (PEBS), Pertubuhan Kebajikan Masyarakat India Pelabuhan Klang (PKMIPK) dan beberapa NGO lain.

Pada program itu, para peserta diperkenalkan kepada BIM dengan tenaga pengajar daripada Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

Program bertemakan ‘Komunikasi Tanpa Batas, Komuniti Lebih Inklusif’  itu dimulakan dengan senamrobik.

Tuck Chee menambah, menjadi dasar pihaknya untuk sentiasa menyantuni orang kurang upaya (OKU) termasuk komuniti pekak.

“Mereka sentiasa dekat di hati saya,” katanya.

Leong Tuck Chee (kanan) meninjau barangan yang dihasilkan oleh MFD.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles