fbpx

Manchester United ketepikan Barcelona

Manchester United 2-1 Barcelona (agg: 4-3) commentary | Football News | Sky  Sports

MANCHESTER United mengetepikan Barcelona untuk mara ke pusingan 16 terakhir Liga Europa pada Jumaat.

Selepas perlawanan pertama play-off mereka berakhir 2-2 di Sepanyol, United mengatasi Barcelona di Old Trafford untuk mara secara agregat 4-3 dengan Antony memastikan kemenangan pasukan gergasi Inggeris itu.

Penalti awal Robert Lewandowski pada minit ke-18 telah memberikan Barca permulaan yang sempurna tetapi gagal meneruskan rentak dengan Fred menyamakan kedudukan untuk United pada awal babak kedua.

United menunjukkan kualiti mereka dalam musim pertama Erik ten Hag mengemudi dengan Red Devils ketika ini kekal memburu trofi.

United berpeluang menamatkan penantian selama enam tahun untuk memenangi kejuaraan apabila mereka menentang Newcastle dalam perlawanan akhir Piala Liga pada Ahad.

United juga kini tidak tewas di Old Trafford dalam 18 perlawanan sejak September lalu.

“Sangat gembira mendengar nama saya daripada peminat tetapi ia adalah permainan yang bagus yang kami mainkan hari ini.

“Kami perlu teruskan. Kami mempunyai perlawanan akhir pada hari Ahad dan kini kami perlu mengubah fikiran kami untuk ke final,” kata Fred. (Sumber Sinar Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles