fbpx

Wabak selesema burung risaukan Thailand

Selsema Burung: Punca, Simptom & Rawatan - Root of Science

BANGKOK: Semua agensi kesihatan kerajaan di Thailand diarah memantau perebakan wabak selesema burung selepas seorang remaja perempuan berusia 11 tahun maut akibatnya di timur Kemboja kelmarin.

Pakar virologi di Pusat Kejuruteraan Genetik dan Bioteknologi Kebangsaan, Dr Anan Jongkaewwattana, dalam paparan di Facebook beliau menggesa pemantauan ditingkatkan bagi virus H5N1.

Virus berkenaan dikhuatiri mungkin sudah mula bermutasi kerana ini adalah kali pertama jangkitan daripada haiwan kepada manusia dikesan dan membawa maut.

Anan merujuk kepada kes dilaporkan Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan Kemboja, membabitkan kanak-kanak perempuan dari sebuah kampung di wilayah Prey Veng, yang bersempadan dengan Vietnam.

Mangsa dipindahkan dari hospital daerah ke Hospital Paediatrik Kebangsaan di Phnom Penh selepas keadaannya bertambah teruk.

Dia disahkan dijangkiti H5N1 oleh Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Kemboja pada Selasa lalu dan meninggal dunia sehari selepas itu, menurut laporan Xinhua.

Anan berkata, kes jangkitan virus selesema burung Cases merebak daripada haiwan kepada manusia di negara jiran harus menjadi iktibar kepada pihak berkuasa kesihatan Thailand untuk mengambil langkah pencegahan. – Sumber Berita Harian Online

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles