fbpx

Bumbung Myvi berlubang dipercayai angkara bahan letupan belerang

SHAH ALAM – Letupan yang menyebabkan bumbung sebuah kereta Perodua Myvi berlubang dalam kejadian di Padang Jawa pada minggu lalu dipercayai akibat bahan letupan jenis belerang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata siasatan awal daripada pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Forensik Bukit Aman serta Unit Pemusnah Bom mendapati bahan letupan tersebut dihasilkan oleh individu yang berpengetahuan dalam penghasilan bom.

“Siasatan dijalankan mendapati bahan letupan digunakan melibatkan letupan ringan yang dipercayai menggunakan serbuk belerang.

“Teknik yang digunakan untuk menyebabkan letupan adalah teknik bakar kerana pemeriksaan dijalankan menjumpai sumbu dipercayai digunakan untuk memulakan letupan tersebut,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Katanya, susulan kejadian itu, seramai 10 saksi sudah dipanggil untuk dirakam percakapan, setakat ini.

Beliau berkata, polis terdahulu menerima panggilan daripada mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang memaklumkan berlaku satu letupan di bahagian bumbung kereta miliknya.

Katanya, mangsa memaklumkan pada jam 3.50 pagi 17 Februari lalu, isteri mangsa memberitahu terdapat percikan api atas keretanya. Mangsa kemudian keluar untuk memeriksa keadaan luar rumah yang dipenuhi asap sebelum menghubungi pihak polis.

“Hasil siasatan mendapati kereta Jenis Perodua Myvi berwarna kuning milik mangsa yang diparkir di hadapan rumah berlubang di bahagian bumbung.

“Pemeriksaan dalam kereta tidak menjumpai apa-apa senjata atau benda asing dan kenderaan itu didapati berlubang di bahagian bumbung dipercayai kesan gelombang letupan berikutan terdapat kesan lekukan besi (bumbung).

“Menurut saksi kejadian iaitu jiran mangsa mendengar satu bunyi letupan yang kuat pada jam 3.50 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, tiada sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Katanya, sebarang maklumat berkaitan kes itu boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Mohammad Khairi di talian 012-2666025.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles