fbpx

Model dibunuh kejam, keratan badan dalam peti sejuk

HONG KONG – Seorang model berusia 28 tahun dibunuh secara kejam selepas hanya cebisan anggota badan mangsa ditemui di sebuah rumah yang didirikan sebagai tapak penyembelihan.

Setakat ini, polis Hong Kong telah membuat tiga tangkapan, kata pihak berkuasa pada Sabtu.

“Kami masih mencari bahagian kepala,” kata Alan Chung kepada pemberita, selepas media tempatan melaporkan tentang penemuan anggota badan seorang wanita dipercayai Abby Choi dalam peti sejuk.

Rumah itu dilengkapi dengan gergaji elektrik dan penggiling daging yang dipercayai digunakan untuk mengisar daging manusia.

“Dua periuk rebusan dipercayai mengandungi tisu manusia ditinggalkan di tempat kejadian,” tambahnya.

Bapa, ibu dan bekas abang ipar Choi, telah ditahan dan akan menghadapi tuduhan membunuh, manakala bekas suami Choi masih dalam buruan.

“Kami percaya mangsa dan keluarga bekas suaminya bertelingkah tentang kewangan, melibatkan jumlah wang yang besar.

“Seseorang tidak berpuas hati dengan cara mangsa mengendalikan asetnya, yang menjadi motif untuk membunuh,” kata Chung lagi.

Choi, yang baru sahaja muncul sebagai penghias muka depan majalah fesyen L’Officiel Monaco baru-baru ini, dilaporkan hilang pada Rabu.

Dia didakwa kali terakhir dilihat oleh abang bekas abang iparnya, yang juga pemandunya.

Bagaimanapun, polis mendedahkan keluarga itu berbohong dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan penyiasat.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles