Mangsa banjir Johor 25,213 orang, fenomena air pasang burukkan keadaan

Mangsa banjir di Johor melonjak lebih 25,000 orang | MalaysiaNow

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor bertambah buruk dengan bilangan mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) melonjak kepada 25,213 orang setakat jam 8 pagi ini.

Mereka membabitkan 7,013 keluarga yang dipindahkan ke 187 PPS yang dibuka di 10 daerah terjejas banjir, meningkat berbanding 9,167 penduduk daripada 2,760 keluarga yang ditempatkan di 90 PPS di enam daerah setakat jam 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata keadaan banjir melanda negeri ini disifatkan antara terburuk pernah dihadapinya dalam tempoh beberapa tahun ini berikutan menyebabkan semua 10 daerah di Johor terjejas bencana itu.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, keadaan hujan lebat berterusan berserta fenomena air pasang menyebabkan keadaan banjir semakin buruk dan menjejaskan ramai penduduk.

Katanya, Segamat menjadi daerah paling terjejas dengan 7,272 mangsa daripada 2,050 keluarga di 55 PPS, diikuti KLuang dengan mangsanya melonjak kepada 5,426 penduduk daripada 1,559 keluarga yang ditempatkan di 39 PPS.

“Ia diikuti Batu Pahat dengan 3,236 mangsa banjir daripada 883 keluarga di 22 PPS. Kota Tinggi pula dengan 2,912 mangsa daripada 769 keluarga di 18 PPS.

“Johor Bahru juga masih teruk dengan 2,096 mangsa daripada 607 keluarga di 12 PPS. Muar pula dengan 1,667 mangsa daripada 445 keluarga di 12 PPS.

“Seramai 952 mangsa daripada 242 keluarga di enam PPS di Kulai dengan Tangkak pula ada seramai 930 mangsa banjir daripada 254 keluarga di 13 PPS,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Azmi berkata, di Mersing seramai 472 mangsa daripada 146 keluarga di lima PPS dan Pontian membabitkan 250 mangsa daripada 58 keluarga di lima PPS.

“Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) masih mengekalkan amaran hujan berterusan tahap bahaya atau merah ke atas semua 10 daerah negeri ini sehingga hari ini, namun ramalan cuaca di beberapa daerah menyatakan keadaan cuaca lebih baik hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Azmi berkata, 18 sungai utama masing-masing lima di Segamat, tiga di Tangkak, dua di Batu Pahat, Kluang dan Kulai, serta masing-masing satu di Muar, Kota Tinggi dan Mersing, berada pada paras bahaya, pagi ini.

Katanya, ia membabitkan Sungai Segamat Kecil yang melebihi paras bahaya iaitu 37.71 meter, Sungai Muar di Lubuk Kepong (20.37 meter), Sungai Muar di Kampung Awat (20.94 meter), Sungai Batu Pahat di Ladang Chaah (8.81 meter) dan Sungai Batu Pahat di Kangkar Chaah (13.31 meter).

“Di Tangkak pula, Sungai Muar si Kampung Senduk turut melepasi tahap bahaya pada paras 1.03 meter, selain Sungak Kesang Telok Rimba (4.27 meter) dan Sungai Kesang di Kampung Seri Makmur (4.55 meter).

“Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok di Batu Pahat juga merekodkan paras bahaya 20.65 meter, manakala Sungai Batu Pahat dengan 7.50 meter,” katanya. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles