Usahawan kek Norlin Bakery pilihan utama komuniti pekak di Kelantan

KOTA BHARU – Selama lebih 16 tahun bergelumang dengan pembuatan kek  dan biskut membolehkan produk yang dihasilkan menjadi pilihan utama untuk majlis perkahwinan, sambutan ulang tahun, kenduri, Hari Raya, majlis rasmi dan sebagainya.

Sebut sahaja Norlin Bakery, pasti ramai yang mengetahuinya terutama komuniti pekak di negeri ini.

Walaupun dilahirkan sebagai insan pekak, namun ia tidak sekali-kali menghalangnya untuk mencipta nama sebagai usahawan membuat kek.

Norlin Aizza, 42, yang merupakan ibu kepada empat cahaya mata, pernah memikirkan apakah pekerjaan yang sesuai untuknya memandangkan dirinya insan pekak.

Mengimbas  perjalanan hidupnya 16 tahun lalu, Norlin menceritakan dia mencuba banyak pekerjaan dan tanpa diduga usahanya menghasilkan kek termasuk biskut dan cup kek secara tiba-tiba digemari oleh ramai orang.

“Saya belajar membuat kek daripada pelbagai sumber termasuk kawan, internet dan sebagainya. Malah saya pernah mengikuti kursus berkaitan selama satu minggu.

“Bermula secara kecil-kecilan, kek yang dihasilkan mula digemari oleh sanak-saudara dan diikuti  jiran-jiran.

“Mereka yang merasanya akan memberi maklum balas dan saya akan perbaiki setiap kekurangan termasuk dari segi ramuan dan sebagainya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Bukit, Alor Durian, Wakaf Bharu dekat sini.

Bagi memperluaskan pasaran membuat kek itu, Norlin berkata, dia pernah menjualnya di pasar-pasar malam dan membuka khemah di kawasan-kawasan tertentu.

“Dari situ, orang ramai mula mengetahui serta mengenali Norlin Bakery. Bermula dari situ juga, ramai yang mula bertanya serta menempah kek atau biskut melalui media sosial dan sebagainya,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut, Norlin berkata, usahanya membuat kek dan biskut turut dibantu oleh suaminya, Aziran Abdul Rahman, 45, termasuk untuk memasarkannya.

Kini, keusahawanan membuat kek itu diteruskan dan menjelang bulan Ramadan, Hari Raya , majlis perkahwinan serta ulang tahun, usaha menghasilkan kek itu perlu dilipatgandakan kerana permintaan yang tinggi.

“Apabila ada permintaan, saya akan mula membuat kek termasuk menyediakan bahan-bahan serta ramuan pada pukul 12 malam dan akan berakhir hingga esok pagi.

“Itulah rutin saya setiap hari,” katanya mengakhiri perbualan.

Norlin Aizza dan suami, Aziran Abdul Rahman menunjukkan kain rentang Norlin Bakery di rumah mereka di Kota Bharu, Kelantan.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles