Dapat hadiah solat tarawih 20 rakaat selama 10 hari

Gambar Sumber Utusan Malaysia Online

Itu inisiatif yang diambil oleh pengurusan Masjid Kapitan Keling yang merupakan masjid tertua di negeri ini untuk menarik minat kanak-kanak mendekati masjid sepanjang Ramadan ini.

Setiausaha Masjid Kapitan Keling, Mohamed Rizdwan Abdul Ghafoor Khan berkata, idea itu datang secara spontan ketika beliau dan seorang rakannya melihat kanak-kanak bermain selepas menunaikan solat tarawih di pekarangan masjid pada 1 Ramadan lalu.

“Ketika itu, saya lihat ramai kanak-kanak datang ke masjid ini dan saya terfikir bagaimana untuk menarik minat mereka terus kekal bersolat di masjid sehingga 30 Ramadan.

“Pada hari pertama Ramadan saya beri mereka aiskrim sebagai galakan untuk terus datang ke masjid dan mereka gembira dengan pemberian ini.

“Idea datang secara spontan untuk terus memberikan hadiah kepada ka­nak-kanak yang datang­ menunaikan solat tarawih di sini, mereka perlu lengkapkan 20 rakaat solat tarawih selama 10 hari dan akan diberikan hadiah,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, mereka dibekalkan de­ngan kad khas sebagai pe­nanda kehadiran dan mereka perlu mendapatkan cap daripada Pengerusi masjid, Faruk Raja Mohamed setiap kali selesai menunaikan solat tarawih.

“Pada hari pertama kami edarkan kad khas ini kepada 42 orang kanak-kanak dan sehingga hari ini mereka nampak­nya begitu bersemangat untuk melengkapkan solat tarawih 20 rakaat.

“Sekiranya mereka berjaya melengkapkan solat terawih sepanjang 30 Ramadan ini, mereka akan memperoleh tiga hadiah oleh pengurusan masjid,” katanya.

Tambahnya, ibu bapa juga memaklumkan pada masa ini anak-anak yang sering mengi­ngatkan mereka untuk ke masjid bagi menunaikan solat tarawih.

“Kanak-kanak memang suka bermain dan sukakan hadiah, jadi menerusi inisiatif ini kita dapat dekatkan kanak-kanak bersama keluarga mereka de­ngan masjid.

“Hadiah-hadiah yang akan diberikan mungkin merupakan peralatan permainan seperti kereta mainan, basikal dan ada juga kanak-kanak yang meminta ‘drone’, kita akan pertimbangkan permintaan mereka asalkan mereka lengkapkan solat tarawih di masjid,” katanya. – (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles