Pekebun getah, nelayan dan pesawah nikmati Bantuan Khas Aidilfitri RM200

KUALA LUMPUR – Seramai 850,000 pekebun kecil getah, nelayan dan pesawah bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Negara hari ini yang mana merupakan tambahan daripada bantuan yang telah diumum dalam Belanjawan 2023.

“Sebelum ini, kerajaan umumkan bantuan sebanyak RM300 sebulan bagi nelayan dan RM200 untuk pekebun kecil getah untuk tiga bulan (semusim).

“Bantuan musim tengkujuh juga kita naikkan daripada RM600 kepada RM800. Namun keadaan hidup hidup rakyat miskin ini masih terasa.

“Oleh demikian, saya lihat masih ada masalah terutama bulan Ramadan, maka saya bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 yang menelan belanja RM170 juta,” katanya.

Tambah Anwar, penambahan tersebut merupakan peruntukan terbesar diberikan kerajaan kepada golongan berkenaan. – (Sumber KOSMO! ONLINE)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles