fbpx

Shafiq Shaheen teruskan legasi ‘Iron Lady’ bantu wanita jana pendapatan

KUALA LUMPUR: Anak ‘Iron Lady’ Allahyarhamah Datuk Maznah Hamid, Shafiq Shaheen meneruskan legasi ibunya untuk membantu orang ramai terutamanya wanita menjana pendapatan dengan menceburi bidang perniagaan.

Menurut Shafiq, sebelum ini ibunya bukan sekadar membantu dari segi kewangan, malah memberi semangat dan motivasi supaya golongan wanita dapat bangkit untuk menjadi usahawan berjaya.

“Saya juga percaya kalau kita bagi duit sahaja, duit akan habis. Tetapi jika kita ajar mereka cara untuk menambahkan pendapatan tanpa bergantung pada orang lain, cara itu lebih baik,” katanya.

Justeru, bagi meneruskan legasi ibunya, Shafiq Shaheen mempunyai cara tersendiri untuk membantu orang ramai dengan menggalakkan mereka menjadi ejen dan stokis bagi produk minuman kopi, iaitu Madani Coffee.

Produk berperisa caramel macchiato berharga RM49 sepeket dirumus bahan berkhasiat seperti habatus sauda, garam himalaya, gula tanpa kalori (sukralosa), probiotik , fiber sitrus dan biji kopi premium 100 peratus Arabika .

“Jadi, sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan boleh menjadi ejen atau stokis dengan modal yang sangat rendah,” katanya.

Shafiq yang menjalankan perniagaan berkenaan bersama isterinya, Syida Melvin menyasarkan jualan sehingga 100,000 paket Madani Coffee, pada tahun pertama beroperasi.

Dalam kesibukan mengurus perniagaan, beliau tetap menyimpan rasa rindu terhadap arwah ibunya terutama kini pada Ramadan banyak momen indah dicipta sebelum ini.

Kenangan yang tidak akan dilupakan, arwah ibunya sering membawanya turun padang melihat sendiri kehidupan golongan susah untuk mendidiknya supaya sentiasa bersyukur dan merendah diri.

“Saya masih ingat sejak berusia 15 tahun, ibu sering membawa kami adik-beradik turut padang untuk memberi zakat kepada golongan yang memerlukan.

“Inilah saat yang meninggalkan kesan buat saya dan sehingga ke hari ini saya didik anak-anak dengan cara yang sama,” katanya. (Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles