fbpx

Peniaga ayam pasu beri ayam percuma kepada asnaf dan kurang berkemampuan

JITRA: Peniaga ayam pasu utara di Batu 17, Tunjang, di sini menyediakan lima atau enam ayam setiap hari untuk diagihkan secara percuma kepada golongan asnaf dan kurang berkemampuan sejak 1 Ramadan lalu.

Muammar Ghadafi Salimat, 30, berkata, dia melakukan infaq ayam pasu dengan setiap ayam dipotong empat untuk disedekahkan kepada golongan berkenaan setiap hari bermula jam 3 hingga 7 petang.

Katanya, mereka hanya akan memberi ayam pasu secara percuma apabila ada yang meminta kerana tidak mampu selain menunjukkan apa-apa salinan berkaitan diri mereka.

“Saya tak pernah rasa rugi memberi sedekah ayam pasu secara percuma antara lima atau enam ekor setiap hari kepada golongan asnaf yang tidak mampu atau mereka yang mempunyai keluarga ramai.

“Kerana bagi saya yang penting niat untuk sedekah dan biar mereka juga dapat sama-sama dapat menikmati ayam sempena bulan puasa ini.

“Kami utamakan warga tempatan dan kita boleh nampak reaksi dan keadaan diri mereka yang datang ke gerai ayam pasu kami dan minta kerana tidak mampu membeli, baru kita akan bagi secara percuma,” katanya ketika ditemui hari ini.

Muammar Ghadafi yang sudah berniaga ayam pasu sejak enam tahun lalu berkata, harga seekor ayam pasu yang dijualnya mencecah RM23 hingga RM26 seekor bergantung pada saiz.

“Saya bersyukur dengan rezeki yang diperolehi dengan kehadiran pelanggan yang datang ke gerainya berhadapan Klinik Kesihatan Tunjang, di Batu 17, setiap hari.

“Saya berniaga dengan isteri, Siti Syafiqah Hamid, 36, dan pemberian ayam pasu secara percuma itu turut dicampur dengan sumbangan daripada individu untuk memberi infaq kepada mereka yang memerlukan.

“Insya-Allah, saya akan melakukan perkara sama pada masa akan datang untuk membantu mereka yang memerlukan selain berharap lebih ramai individu untuk sama-sama membantu dengan menghulurkan sumbangan bagi memudahkannya menyediakan lebih banyak ayam untuk diberi secara percuma pada masa akan datang,” katanya.

Selain itu, Muammar Ghadafi turut menyampaikan sumbangan 10 ayam pasu secara percuma kepada sebuah pondok Islam yang terbabit dalam kebakaran di Alor Setar baru-baru ini. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles