fbpx

Hilang sejak 28 Mac, anak diberitahu ayah telah pergi selamanya

Kuala Lumpur: Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri, Abdul Mutalib Ali menerima khabar duka apabila bapanya yang hilang sejak 28 Mac lalu disahkan sudah meninggal dunia.

Abdul Mutalib, 52, berkata walaupun menerima berita sedih, mereka sekeluarga bersyukur dengan penemuan mayat bapanya Ali Mohd Nor, 84, selepas lebih tiga minggu hilang tanpa berita.

“Kira-kira dua minggu lalu, kami ada menerima panggilan telefon daripada polis kata menemui mayat seorang lelaki di Alor Gajah, Melaka dan minta kami datang untuk buat ujian asid deoksiribonukleik (DNA)

“Bagaimanapun, pagi tadi saya dimaklumkan oleh pihak polis yang mayat ditemui itu disahkan adalah ayah kami… katanya 99 peratus sepadan dengan sampel DNA,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Abdul Mutalib berkata, bapanya, bekas pengamal perubatan tradisional mengalami masalah ingatan dan hanya mengingati memori silam sahaja.

Katanya, warga emas itu tinggal bersamanya di Taman Midah, Cheras, di sini, dan secara tiba-tiba keluar dari rumah pada 21 Mac lalu tanpa memberitahu sesiapa.

“Saya cuba cari, dan hasil temu bual ada saksi nampak dia tidur di Medan Selera Taman Maluri, Cheras dan ada saksi lain nampak ayah naik bas ke Bidor, Perak.

“Hasil temubual beberapa saksi lain di Skudai, Johor dan kami diberitahu dia bermalam di rumah kawannya,” katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga cuba mencari bapanya dengan pelbagai cara termasuk memuat naik hebahan menerusi Facebook untuk meminta bantuan.

“Seminggu lebih kami cari dia, tanya dalam grup WhatsApp keluarga tetapi semuanya kata tak ada nampak ayah.

“Jadi kami buat keputusan sebarkan melalui Facebook dan pada 1 April lalu kami dihubungi seseorang yang bekerja di Pulau Besar, Melaka lalu bergegas ke bergegas ke sana Anjung Batu, Melaka,” katanya yang membuat laporan polis di Cheras.

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, dia cuba mencari bapanya di sekitar kawasan Anjung Batu, Melaka namun selepas gagal ditemui selepas empat hari.

“Pemandu bot dan beberapa pekerja Jeti Anjung Batu beritahu ada nampak ayah kira-kira 5.30 petang pada 28 Mac lalu

“Barang-barang ayah pun masih ada di sana, saksi itu hantar gambar beg dan kami cam itu memang beg ayah dan terus bergegas ke sana,” katanya.

Katanya, mereka tidak menyangka mayat ditemui itu adalah bapanya yang hilang kerana lokasi penemuan agak jauh dari lokasi terakhir dilaporkan dilihat.

“Persiapan raya pun semua sudah siap, jadi saya dan abang bercadang akan ke Alor Gajah, Melaka untuk menguruskan pada Isnin depan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki terbabit.

“Saya sahkan keputusan DNA positif dengan keluarga mangsa. Mayat dalam proses penyerahan kepada waris,” katanya.  (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles