fbpx

Ketiadaan pemain sayap berkualiti, Terengganu mahu bawa pulang Safawi

Safawi dikhabarkan tidak gembira di Ratchaburi FC

PETALING JAYA: Membawa pulang Safawi Rasid ke Terengganu menjadi misi utama pengendali Sang Penyu, Tomislav Steinbruckner jika bintang Harimau Malaya itu sedia dipinjamkan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ketiadaan pemain berkua­liti di bahagian sayap yang menyebabkan prestasi Terengganu terumbang ambing mendorong Steinbruckner mahu mendapatkan pemain kelahiran Dungun itu yang kini dipinjamkan kepada kelab Thailand, Rat­chaburi FC.

“Sudah tentu kita berminat untuk dapatkannya (Safawi). Bila kita bercakap mengenai pemain berkualiti seperti Safawi, dia pernah bermain di bawah saya pada 2015.

“Sekarang dia pemain yang berpengalaman, saya ada beberapa pemain sayap tetapi mereka tidak berada di tahap Safawi,” kata Steinbruckner.

Steinbruckner meluahkan hasratnya itu selepas kecewa dengan prestasi skuad Penyu yang dianggap menyambut Hari Raya Aidilfitri lebih awal ekoran kekalahan 5-1 kepada Selangor FC dalam aksi Liga Super kelmarin.

Katanya, Selangor FC mempunyai pemain berkualiti dan bermain dengan lebih baik sedangkan pasukannya melakukan ­banyak kesilapan individu.

“Kami bagaikan sambut Hari Raya lebih awal. Pemain macam tidak wujud dalam perlawanan ini. Saya cuba lakukan beberapa perubahan pada babak kedua dan Ivan Mamut dapat jaringkan gol.

“Pasukan yang lebih baik menang dan mereka berhak meskipun sukar melupakan kekalahan besar ini.
“Selepas berbincang dengan barisan kejurulatihan, kami tewas kesemua perlawanan di tempat lawan kerana kesilapan individu,” katanya. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles